Jangan guna ‘cotton bud’ ketika korek telinga. Ini bahaya yang perlu diketahui

Jangan guna ‘cotton bud’ ketika korek telinga. Ini bahaya yang perlu diketahui

Untuk menjaga kebersihan telinga, kita akan selalunya akan menggunakan pembersih putik kapas untuk mengeluarkan kotoran pada telinga. Namun, tahukah anda? Menggunakan pembersih putik kapas ataupun lebih dikenali sebagai cotton buds bagi membersihkan telinga ini boleh menyebabkan kecederaan pada telinga dan risiko lain seperti telinga tersumbat.

Aik? Mengapa telinga tersumbat, bukankah membersihkan telinga menggunakan putik kapas akan mengeluarkan kotoran pada telinga?

TELINGA BOLEH MENGELUARKAN TAHI TELINGA SECARA SEMULAJADI 

Via Public Health Malaysia

Nampak pelik bukan? Tapi itulah kebenarannya. Telinga manusia mampu mengeluarkan tahi telinga secara semulajadi tanpa perlu dikeluarkan oleh sebarang alatan termasuklah putik kapas. Menurut seorang  Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Avisena Specialist Hospital, Dr Iqbal Farim Rizal Wong berkata, tahi telinga adalah cairan likat yang penting bagi memastikan habuk atau kotoran luar tidak mudah masuk ke bahagian dalam saluran telinga.

Selain itu, beliau juga turut berkata tahi telinga yang sering dipandang kotor mampu untuk melindungi bahagian dalam telinga jika berlaku jangkitan kuman di dalamnya.

“Orang ramai tidak perlu mengorek telinga sendiri kerana kotoran pada tahi telinga akan keluar secara semula jadi pada bila-bila masa. Ia akan keluar dalam bentuk gumpalan bersama kotoran yang masuk ke telinga,” katanya.

Tahi telinga membantu melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, mencegahnya daripada menjadi kering dan gatal serta mengandungi bahan kimia khas bagi menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga. Bukan itu sahaja, ia juga bertindak sebagai perisai  gegendang telinga. Tahi telinga turut memerangkap debu, kotoran dan objek lain daripada memasuki telinga anda.

PUTIK KAPAS BOLEH ROSAKKAN TELINGA

Via Public Health Malaysia

Perbuatan membersihkan telinga dengan kerap menggunakan putik kapas bukan sahaja dapat mencederakan telinga namun akan menolak tahi telinga jauh ke dalam. Mengikut Public Health Malaysia, ia akan mengakibatkan jangkitan kuman pada telinga, berisiko untuk mengoyakkan gegendang telinga serta mencacatkan pendengaran.

Jika anda mempunya masalah pendengaran dan mendapati telinga anda tersumbat, jangan pernah untuk mengambil langkah sendiri kerana ia akan membahayakan kesihatan telinga anda. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan pakar perubatan bagi mengetahui lanjut mengenai masalah pendengaran anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *