Cinta Kolesterol? Ini maksud kolesterol sebenar yang ramai tak tahu

Cinta Kolesterol? Ini maksud kolesterol sebenar yang ramai tak tahu

Siapa yang pernah tengok movie lakonan Erra Fazira dahulu yang bertajuk Cinta Kolestrol? Hah, mesti ada yang pernah tengok kan. Ia mengisahkan tentang seorang wanita berbadan gempal yang kecewa akibat cintanya ditolak oleh lelaki yang disukainya. Namun, tahukah anda apa itu maksud kolestrol?

APA ITU KOLESTROL?

Untuk pengetahuan semua, kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) dalam badan kita yang diperlukan bagi menjana penghasilan membran sel, hormon, vitamin D, asid hempedu dan banyak lagi. 75% kolesterol terhasil daripada hati, dan 25% lagi terhasil daripada makanan anda. Kolesterol ini diangkut dalam darah dengan cara melekat kepada protein (lipoprotein). Oleh itu, kolestrol ini boleh terbahagi kepada dua iaitu, High Density Lipoprotein (HDL) Low Density Lipoprotein (LDL) :-

Via Avita

HDL (High Density Lipoprotein) 

HDL digelar sebagai kolestrol baik. Kolestrol ini akan menghalang pembentukan plak di dinding arteri dan akan membawanya ke hati. Kemudian hati akan bertindak balas dan mengeluarkannya dari tubuh badan manusia. Tinggi HDL dalam tubuh badan akan mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan strok.

LDL (Low Density Lipoprotein) 

LDL inilah yang menjadi musuh kepada manusia. LDL dikenali sebagai kolestrol jahat, dan kolestrol inilah yang menyebababkan pembentukan plak dalam arteri. Jika badan anda mempunyai LDL yang tinggi, anda boleh berisiko untuk terkena penyakit jantung dan juga strok kerana ia menyebabkan pengurangan aliran darah dan akhirnya membawa kepada berbagai-bagai komplikasi penyakit.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk kurangkan paras kolesterol?

Via Real Food For Life
  1. Senaman
  2. Kurangkan berat badan sekiranya anda mempunyai masalah lebih berat badan/obesiti
  3. Menukar diet pemakanan anda seperti menukar ke susu rendah lemak, makanan kaya fiber, gunakan minyak poly/mono unsaturated (minyak zaitun, minyak biji anggur)
  4. Makan daging tanpa lemak seperti ikan
  5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan juga kekacang

Untuk maklumat lanjut, segeralah dapatkan nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Jangan lupa untuk semak kadar kolestrol anda dimana-mana klinik ataupun farmasi untuk kesejahteraan hidup anda. Anda mampu mengubahnya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *