Haid tidak teratur? Anda mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Haid tidak teratur? Anda mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Untuk para wanita, datang haid pada setiap bulan merupakan rutin bulanan kita. Walaupun begitu, terdapat keluhan dari wanita lainnya yang tidak mempunyai kitaran haid yang baik. Kadang-kadang, kitaran haid tidak datang selama 2 bulan ataupun yang lebih teruk lagi tidak datang langsung selama bertahun-tahun. Hah, jika anda mempunyai petanda-petanda ini anda mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).

APA ITU PCOS?

Via MyHealth

Menurut MyHealth Malaysia, PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan malah rupa fizikal seseorang wanita . Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan wanita. Pengidap PCOS akan  mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi dari hormon estrogen.

Selalunya, penghidap PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihandan risikonya mereka boleh menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis, obstructive sleep apnea (berdengkur) dan pelbagai penyakit lain yang lebih serius. Oleh itu, bagi mereka yang positif menghidapi sindrom ini, mereka perlu menjalani saringan kencing manis, tekanan darah dan kolesterol untuk tetap berjaga-jaga.

Dan, lebih teruknya PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini. Inilah yang selalu menjadi dilema kepada para wanita di luar sana.

BAGAIMANA PCOS BOLEH TERJADI?

PCOS boleh terjadi apabilah terdapat banyak sista kecil (follicles) tersusun di dalam ovari seseorang dan hanya dapat dilihat dengan bantuan imbasan ultrasound.  Oleh itu, jika anda merasakan bahawa anda mempunyai petanda seperti haid tidak teratur anda perlu segera berjumpa dengan pakar sakit puan bagi mengklasifikasikan penyakit anda itu.

TANDA-TANDA SINDROM PCOS YANG LAIN

Via fertilitycenterofandalas

Antara tanda-tanda sindrom PCOS yang lainnya ialah:-

  1. Kitaran haid yang tidak menentu
  2. Tumbuh bulu pada bahagian muka atau badan lebih dari biasa
  3. Keguguran rambut
  4. Berat badan berlebihan/Obesiti
  5. Jerawat ataupun kulit yang berminyak
  6. Kemurungan ataupun sering berubah mood

RAWATAN PCOS

 

Selalunya bagi mereka yang menghidap penyakit PCOS ini, doktor akan menyarankan untuk:-

  1. Menurunkan berat badan
  2. Makan makanan yang lebih berkhasiat, dan elakkan makanan segera/bergula
  3. Selalu bersenam
  4. Deskripsi ubat bagi melancarkan haid (Ubat perancang, dll)

Oleh itu, jika anda mempunyai satu ataupun lebih simptom di atas, anda perlulah berjumpa dengan pakar sakit puan dengan segera bagi membincangkan rawatan yang sesuai untuk anda. Jika tidak dan anda sering bertangguh, anda berisiko untuk mempunyai masalah kesuburan, komplikasi lain seperti kencing manis dan lain-lain lagi. Apapun, jangan risau masalah PCOS ini ada rawatannya berdasarkan nasihat yang akan diberikan pakar kesihatan.

Okay guys, tetap sihat, dan jangan malu ya untuk berbicara mengenai tubuh kita yang satu ini! Kerana setiap tubuh badan kita adalah harta kita yang perlu dijaga selama-lamanya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *