Darah haid keluar berpanjangan? Jaga-jaga anda mungkin ada fibroid

Darah haid keluar berpanjangan? Jaga-jaga anda mungkin ada fibroid

Semalam, kita berbincang mengenai masalah wanita iaitu PCOS, hari ini pula terdapat satu lagi masalah dalaman yang selalu menjadi dilema buat kaum hawa di luar sana iaitu fibroid. Fibroid merupakan ancaman bagi wanita kerana ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan.

APA ITU FIBROID?

Via Mayo Clinic

Dalam portal Mayo Clinic, fibroid, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim wanita. Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur. Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Selalunya, ketumbuhan fibroid ini biasanya mengecut selepas menopaus.

TANDA-TANDA FIBROID

Via Very Well Health

Antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai fibroid adalah:-

  1. Rasa senak pada abdomen ataupun tekanan pada pelvis
  2. Sakit pada bawah pinggang
  3. Senggugut
  4. Mempunyai masalah haid yang berpanjangan/darah haid yang banyak dari kebiasaannya
  5. Sakit ketika melakukan hubungan intim
  6. Kerap kencing
  7. Sembelit (Sukar membuang air besar)

FIBROID ANTARA PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA

3% dari mereka yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk mengandung.  Keadaan ini disebabkan oleh kehadiran fibroid pada  dinding rahim dan menyebabkan perlekatan embrio pada dinding rahim. Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur fallopian tersumbat, dan akhirnya seseorang itu sukar untuk hamil.

Selalunya juga, wanita hamil juga akan mempunyai fibroid. Ianya akan menyebabkan tekanan pada abdomen dan pelvik, dan keadaan inilah yang meningkatkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

RAWATAN FIBROID 

Via Osmosis

Jika anda menghadapi tanda-tanda penghidap fibroid, segeralah berjumpa dengan pakar kesihatan untuk menganalisis kesihatan anda. Jangan berdiam diri kerana fibroid ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain. Kebiasannya doktor akan membuat saranan berpandukan kepada:

  1. Sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid,
  2. Fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar,
  3. Faktor umur
  4. Keinginan untuk mengandung

Apapun, jangan lupa untuk rujuk pakar kesihatan yang berdaftar ya! Elakkan untuk mengambil ubat-ubatan tanpa saranan dan nasihat doktor sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *