Kesakitan yang lebih parah setelah cabut gigi? Anda mungkin mengalami soket kering

Kesakitan yang lebih parah setelah cabut gigi? Anda mungkin mengalami soket kering

Sakit gigi sememangnya sangat membingitkan. Selalunya sakit gigi terjadi jika anda mempunyai masalah gusi bengkak atau gigi berlubang. Jika anda pergi ke klinik gigi doktor akan memberikan ubat untuk masalah bengkak gusi. Namun, untuk masalah gigi berlubang pula, ada doktor yang menyarankan untuk mencabut sahaja gigi kerana solusi tampalan sudah tidak boleh digunakan lagi.

Selepas anda mencabut gigi, doktor akan menasihati anda untuk tidak berkumur-kumur selama beberapa hari dan juga turut mengingatkan mengenai pantang larang lain seperti tidak mengunyah makanan keras dan juga menggunakan straw. Kerana apa? Jom kita lihat apa penyebabnya?

MELANGGAR PANTANG LARANG SELEPAS CABUT GIGI BOLEH SEBABKAN SOKET KERING

Via OdontoVida

Wah, macam pantang larang selepas bersalin pulak kan? Namun itulah hakikatnya, jika anda melanggar pantang larang yang diberikan oleh doktor gigi, anda mungkin berisiko untuk mengalami soket kering yang lebih sakit dari kesakitan gigi anda sebelumnya. Apa itu soket kering? Mengikut Rohaya Dental Surgery, soket kering keadaan yang menyebabkan kesakitan yang kadang-kadang berlaku selepas mencabut gigi. Keadaan ini berlaku apabila bekuan darah yang terbentuk di soket dipisahkan, jadi tulang dan saraf terbuka, serta terdedah.

Selalunya ia akan berlaku selepas 3-4 hari gigi dikeluarkan.

Antara pantang larang yang perlu dilakukan selepas mencabut gigi bagi elakkan soket kering ialah:-

  • Tidak menggunakan straw ketika menghirup air/makanan kerana keadaan ini akan memberikan tekanan pada gumpalan darah beku pada kawasan cabutan gigi.
  • Jangan merokok sehingga gusi anda benar-benar sembuh
  • Jangan menyentuh kawasan cabutan gigi terlalu kerap
  • Berus gigi anda dengan perlahan-lahan
  • Elakkan dari berkumur-kumur dengan terlalu cepat selama 24 jam

BAGAIMANA NAK TAHU ANDA MENGALAMI SOKET KERING?

Jika anda dapat melihat ke dalam mulut terbuka anda dalam cermin dan melihat adanya benda berwarna putih yakni tulang di mana gigi anda digunakan, anda mungkin mengalami soket kering.
Satu lagi tandasoket kering adalah kesakitan berdenyut yang tidak dapat dijelaskan di rahang anda. Kesakitan ini mungkin merebak dari tapak ekstraksi sehingga telinga, mata, atau leher anda. Ia biasanya dirasakan di sisi yang sama dengan tapak pengekalan gigi.
TANDA-TANDA DAN GEJALA SOKET KERING
Via VeryWell
Berikut merupakan gejala yang sering berlaku sekiranya anda mengalami soket kering:-
  1. Kesakitan yang teruk selepas mencabut gigi dan akan menjalar ke bahagian telinga, rahang, kepala, mata serta leher anda
  2. Kehilangan gumpalan darah pada kawasan pencabutan gigi
  3. Tulang yang kelihatan pada kawasan pencabutan gigi
  4. Nafas berbau busuk
  5. Kelenjar pada leher terasa sakit
  6. Demam

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor gigi anda semula. Memakan ubat tahan sakit boleh melegakan kesakitan sedikit sahaja tetapi ia tidak akan menyembuhkan soket kering tersebut. Apapun, dapatkanlah nasihat dan saranan doktor gigi anda terlebih dahulu! Selamat menjaga gigi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *