Alami sakit dada ketika dikhianati? Inilah sindrom patah hati yang ramai tak tahu

Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita yang berkerjaya seorang doktor mendedahkan dia diceraikan oleh suaminya yang bermain kayu tiga. Sesiapa pun yang melihat pautan itu akan berasa sangat marah, patah hati dengan tindakan suami wanita tersebut. Yelah, tiada sesiapa yang telah mendirikan rumahtangga ingin bercerai berai, apatah lagi jika adanya kehadiran orang ketiga di dalam hubungan itu.
Namun pun begitu, ketika wanita itu diceraikan oleh bekas suaminya, beliau kelihatan tenang tetapi bila beliau mendedahkan segala pembohongan yang dilakukan oleh bekas suaminya, ia cukup menggambarkan betapa patahnya hati dan kepercayaan beliau terhadap lelaki yang digelar Hanafi itu.

Tahukah anda? Ketika manusia sedang bersedih ataupun patah hati akan ada satu keadaan anda akan berasa sesak nafas, dan sakit dada. Kadangkala, anda akan merasakan bahawa anda diserang penyakit jantung, tetapi sebenarnya bukan. Keadaan ini dipanggil sindrom patah hati ataupun broken heart syndrome.
APAKAH ITU SINDROM PATAH HATI?

Sindrom patah hati berlaku apabila seseorang itu mengalami keadaan gangguan jantung yang sementara akibat situasi yang memberi tekanan ataupun apa-apa kondisi mematahkan hati yang sangat ekstrim. Mereka yang mengalami hal ini akan berasa sesak dada dan sakit dada secara tiba-tiba. Sindrom patah hati ini hanya akan memberikan kesan di sebahagian kecil jantung sahaja, tetapi bahagian jantung yang lain akan berfungsi secara normal.
Dan disebabkan itulah ada sesetengah mereka yang patah akan merasakan rasa yang tidak enak pada dada mereka. Selain itu juga, sindrom patah hati ini dikenali sebagai:-
- Stress cardiomyopathy
- Takotsubo cardiomyopathy
- Apical ballooning syndrome

Melalui Mstar, dalam temuduga bersama Dr Hazwan mereka yang mengalami tekanan melampau, secara berpanjangan mempunyai risiko untuk menghidap penyakit Takotsubo cardiomyopathy, juga dikenali sebagai Broken Heart Syndrome. Terma ini berasal dari Jepun, dan penyakit ini mendapat nama daripada sejenis perangkap sotong yang digunakan di negara matahari terbit tersebut.
“Penyakit ini berasal dari Jepun pada tahun 1991, Takotsubo ni nama perangkap sotong, sebab kalau kita tengok jantung kita dengan Elektrokardiogram (ECG), bentuk pada jantung kita sama seperti alat perangkap sotong. Orang yang mendapat Takotsubo cardiomyopathy ini kebiasaannya mengalami stress melampau sama ada secara fizikal atau emosi yang berpanjangan sampai kadang-kadang tiga bulan.”
Menurut Dr Hazwan juga, keadaan ini bukanlah bermaksud apabila hari ni kita patah hati, putus cinta, terus kita kena, selalunya kita akan kurang makan, alami tekanan perasaan, jantung berdegup laju, darah tinggi, lepas tu berpeluh, rasa berdebar-debar dan bila dalam tempoh masa yang panjang dia akan mula beri kesan pada jantung,. Itulah dia sindrom patah hati yang ramai tak tahu.
Walaupun sangat jarang berlaku, penyakit Broken Heart Syndrome ini jika tidak dirawat boleh membawa kepada kematian. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom seperti ini selepas patah hati , dapatkanlah rawatan yang sewajarnya dari pihak kesihatan. Ingat, walaupun risiko kematian yang rendah, penyakit sindrom patah hati ini dapat menjejaskan kualiti hidup mereka.
Dr Hazwan turut berpesan, bagi mengelakkan kejadian ini berlanjutan, seseorang itu perlu ubah cara hidup, elakkan diri dari perkara-perkara yang menjadi punca kepada tekanan, contohnya jika tertekan sebab putus cinta, mereka perlu berusaha untuk melupakan, buatlah sesuatu yang positif, dapatkan khidmat kaunseling dan terapi diri seperti bercuti, dan apa-apa yang membuatkan anda gembira.