Kenali jenis Panadol sebelum beli. Jom lihat fungsi pelbagai Panadol di sini!

Kenali jenis Panadol sebelum beli. Jom lihat fungsi pelbagai Panadol di sini!

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Begitulah slogan dari iklan panadol yang sering kita dengari di kaca televisyen. Sekarang, jika anda pergi ke mana-mana farmasi untuk membeli panadol, anda mungkin akan terlihat pelbagai jenis panadol yang berada di rak ubat. Anda pun mula menggaru kepala untuk mengenalpasti ubat panadol yang manakah yang sesuai untuk kesakitan yang dihadapi oleh anda.

Sebelum itu, mari kita kenali dahulu apa itu panadol? Panadol merupakan satu jenama ubat bagi ubat tahan sakit, iaitu Paracetamol. Kebanyakannya nama Panadol inilah yang digunakan sekiranya kita ingin membeli ubat untuk sakit kepala, gigi dan sebagainya. Ayuh kita lihat jenis-jenis Panadol dan fungsinya sebelum beli.

PANADOL ACTIFAST

Via Panadol.com
  • Ianya mengandungi sodium yang bertindak meningkatkan pergerakan paracetamol.
  •  Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius seperti sakit kepala, migraine, sakit belakang, sakit otot dan sendi, senggugut, sakit radang sendi, sakit gigi, sakit TIDAK SELESA kerana selsema dan sakit tekak.
  • Panadol actifast diserap dua kali lebih cepat kedalam darah berbanding Paracetamol biasa. Jadi ianya lebih cepat memberi kelegaan pada pengguna.
  • Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet Actifast mengandungi 173mg sodium, jika pengambilan tablet actifast sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati ya.

PANADOL OPTIZORB

  • Ianya mengandungi paracetamol 500mg. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mengandungi asid alganik dan kalsium karbonat.
  • Asid alganik ini bertindak untuk menyerap air dan mengembang. Manakala kalsium karbonat bertindak balas dengan asid dalam perut yang mana mempercepatkan larutan ubat dalam perut.
  • Panadol ini selalunya digunakan untuk membantu melegakan sakit kepala, migraine, sakit tekak, demam dan sakit gigi.
  • Salah satu elebihannya adalah, ianya pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.
PANADOL EXTEND
  • Panadol Extend mengandungi  665mg paracetamol.
  • Panadol ini memberi kesan tahan lama lebih dari 8 jam daripada produk lain yang cuma kebiasaannya bertahan selama 4-6 jam sahaja.
  • Panadol ini dapat membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan.

PANADOL EXTRA

 

  • Kandungannya paracetamol bagi panadol ini ialah 500mg. Bukan itu sahaja panadol ini mempunyai tambahan 65mg kafein.
  • Kafein di dalam ubat tahan sakit ini boleh meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah. Walaupun begitu, perlu diingat kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh wanita yang sedang mengandung.  Begitu juga untuk para ibu yang menyusukan bayi, kafein yang dibenarkan juga tidak melebihi 300mg kerana ianya boleh memberi kesan kepada anak dan akan mengganggu tidur anak yang sedang menyusu.
  • Adalah disarankan, penggunaan panadol ini tidak boleh melebihi dari 2 minggu.
PANADOL SOLUBLE
  • Panadol soluble adalah yang jenis larut dalam air. Sesuai untuk yang susah menelan ubat biji ataupun ubat tahan sakit berbentuk sirap Perlu diingat, kandungan sodium bagi panadol ini adalah tinggi, sedikit berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium.
PANADOL MENSTRUAL

  • Kandungan 500mg paracetamol dan tambahan 25mg pamabron. Pamabron ini berfungsi dengan membantu menyingkirkan air lebihan terkumpul dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air akan dibuang melalui air kencing.
  • Panadol menstrual sesuai untuk wanita yang mengalami PMS: sakit senggugut & kembung perut dan ketidakselesaan semasa awal datang haid.
PANADOL CHILDREN 
  •  Kandungan setiap tablet adalah 120mg Paracetamol. Panadol ini sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan.
  • Sukatan yang perlu diberikan ialah mengikut berat 15mg/kg. Sebagai contoh berat kanak-kanak adalah 16kg :-
           16 x 15mg/kg= 240mg. Jadi boleh ambil 2 biji panadol children setiap dos.
Apapun, untuk sebarang penggunaan ubat-ubatan, rujukalah doktor terlebih dahulu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *