Selalu dikaitkan dengan perkara mistik. Ini rupanya penyebab kulit gatal berbentuk peta ini…

Selalu dikaitkan dengan perkara mistik. Ini rupanya penyebab kulit gatal berbentuk peta ini…

Ada sesiapa yang pernah mengalami kulit gatal dan berbentuk peta ini? Makin digaru, makin melarat pulak bengkak pada kulit tersebut. Pada waktu dahulu, kejadian  kulit gatal ini selalu dikaitkan dengan kejadian mistik, dimana seseorang itu tersampuk jin ataupun diludah jin. Namun, tahukah anda? Sebenarnya kulit yang gatal dan berbentuk peta ini terjadi ada satu bahan kimia dalam badan kita yang disebut sebagai histamine telah dibebaskan dalam darah.

Dalam dunia perubatan, kulit gatal dan berbintat ini dikenali sebagai gegata ataupun urticaria. Gegata ini juga dikenali orang ramai dengan nama  sopak garam atau kelopak garam. Gegata boleh timbul tiba-tiba atau bila-bila masa sahaja.

Yang tak syoknya, gegata ini boleh timbul tiba-tiba atau bila-bila masa sahaja. Tiada amaran dan tiba-tiba kulit akan muncul seperti gigitan nyamuk, dan sangat gatal.
APA SEBENARNYA PUNCA GEGATA NI?
Urticaria. Via Verywell Health
Punca utama gegata biasanya disebabkan oleh alahan. Contohnya, anda mungkin mempunyai alergi ketika memakan  ubat tahan sakit atau antibiotik. Kalau macam admin, admin alergi kepada ubat tahan sakit ibuprofen, hari tu makan, hah mulalah muncul bintat-bintat gatal pada kulit.
Selain itu, gegata ini juga boleh terjadi apabila kita mempunyai alahan dengan sesetengah jenis makanan terutamanya kacang, makanan laut ataupun telur. Ada orang pula dia tak tahan dengan serangga atau gigitan, sengatan serangga. Itu pun punca boleh dapat gegata.
Walaupun begitu terdapat beberapa punca lain gegata ni terjadi, contohnya:-
1) Tidak tahan dengan suhu yang terlalu sejuk atau terlalu panas ataupun terjadinya perubahan suhu secara tiba-tiba
2) Alah dengan bunga atau debunga
3) Mempunyai kontak terhadap barangan atau alatan yang diperbuat dari getah seperti sarung tangan
4) Melakukan aktiviti lasak ataupun kerap berpeluh
Dan sebab-sebab lain juga yang biasanya kita tak dapat kenal pasti apa punca. Kalau kita kerap dapat serangan gegata ni, seelok-eloknya kita cuba cari puncanya supaya kita boleh hindarkan dari berulang lagi serangannya.
BAGAIMANA NAK ELAK GEGATA?
Via VeryWell Health
Melalui capaian dalam laman muka buku, seorang penghidap gegata ini mencadangkan untuk mencari penyebab kepada alahan gegata ini. Beliau menyarankan untuk mencari pasti punca dengan mengenalpasti :-
1) Apakah aktiviti berulangkali yang kita lakukan sepanjang minggu tu?
2) Apa makanan, ubat atau supplement yang sama kita ambil sepanjang minggu tu?
3) Di mana selalu kita dapat serangan gegata? Dalam rumah atau luar rumah?
4) Waktu bila gegata akan jadi sangat gatal dan sakit? Siang atau malam?
ANGIOEDEMA DAN ANAPHYLAXIS KOMPLIKASI ALAHAN YANG TERUK 
Angiodema- Via Buoy Health
Simptom gegata boleh jadi lebih besar bila tisu di bawah kulit membengkak dengan lebih teruk. Kesannya kita boleh nampak bila mulut, mata, kaki atau tangan jadi bengkak. Dan ini dinamakan sebagai angioedema.
Maksudnya kalau gegata atau yang disebut sebagai urticaria cuma buatkan permukaan kulit sahaja yang bengkak, angioedema pula boleh buatkan seluruh anggota badan terlibat membengkak dan sakit. Angioedema ini juga boleh terjadi di bahagian lidah dan tekak. Dua bahagian ini akan jadi bengkak sehingga akibatkan kita susah nak bernafas.
Bila hal ini terjadi, tiada cara lain selain daripada kita kena pergi ke unit kecemasan secepat yang boleh untuk rawatan segera. Sebabnya bengkak di dua bahagian ini menunjukkan kita mengalami angioedema yang teruk disebabkan oleh alahan. Dan serangan angioedema yang teruk adalah tanda-tanda awal kita mungkin menghadapi anaphylaxis atau tindak balas alahan yang lebih teruk. Kiranya anaphylaxis ni tahap tindak balas alahan yang paling tinggi.
Anaphylaxis. Via Buoy Health
Anaphylaxis akan terjadi bila sistem pertahanan badan kita bertindak secara melampau (overreact) terhadap punca sesuatu alahan.
Serangan anaphylaxis boleh jadi dengan cepat bila kita sangat alah dengan sesuatu contoh macam udang, sengatan tebuan, ubat dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit atau jam sahaja. Antara simptom yang menunjukkan seseorang ada anaphylaxis ialah bengkak pada lidah dan tekak, tak boleh bernafas, tekanan nadi jadi lemah dan diakhiri dengan pengsan atau lebih teruk ialah kematian serta-merta.
Jadinya, untuk atasi masalah ini, pastikan kita sentiasa peka dengan sesuatu yang buatkan kita mudah alergi atau alah. Terutamanya bila simptom gegata, angioedema atau anaphylaxis ini memang jelas kelihatan atau selalu sangat terjadi.
Sebaik-baiknya elakkan sejauh yang mungkin punca alahan ini dan sentiasa rujuk doktor sekiranya simptom seperti ini kerap berlaku. Dan, kalau kita memang sentiasa berjumpa pakar untuk masalah alergik seperti ini, pastikan kita sentiasa bawa ubat yang doktor bekalkan kemana-mana sahaja kita pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *