Awas, ada kopi yang boleh buat jantung berhenti! Mari kenalpasti jenis kopi ini…

Awas, ada kopi yang boleh buat jantung berhenti! Mari kenalpasti jenis kopi ini…

Penggemar kopi pasti tidak lekang dengan kopi ketika sedang singgah dimana-mana gerai ataupun restoran. Aromanya yang wangi dan memberi tenaga membuatkan minuman ini menjadi santapan untuk sarapan, minum pagi ataupun minum petang. Namun berhati-hatilah, kini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan terdapat beberapa jenama yang mengeluarkan kopi yang mengandungi bahan terlarang dan boleh membuatkan kegagalan fungsi jantung.

KOPI MENGANDUNGI SILDENAFIL BERI KESAN NEGATIF PADA JANTUNG

Apakah itu sildenafil? Sildenafil merupakan ubat yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami gangguan seksual, seperti mati pucuk. Jika diambil tanpa saranan doktor, contohnya bahan-bahan ini terletak di minuman seperti kopi sudah tentulah ianya akan memberikan kesan pada organ manusia itu sendiri. Dalam capaian Facebook Public Health Malaysia,  kopi yang mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah turun mendadak.

Jika tidak bernasib baik, bekalan darah ke jantung dan otak boleh berkurangan dengan cepat dan hasilnya jantung pun boleh berhenti berdegup.
Produk minuman tidak berdaftar dengan KKM. Via PQ Community
Dalam capaian Facebook PQ Community juga, seorang pegawai Farmasi Mohd Dziehan Mustapa ada menyarankan untuk sentiasa bersikap kritis dan teliti dalam membeli produk untuk kesihatan dan jangan membuat pembelian secara terburu-buru. Pengguna perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata manis penjual produk-produk seperti ini.

Beliau juga berkata, penjual produk tidak berdaftar hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan akan mengambil berbagai pendekatan untuk melariskan produk mereka.
Via Duta Kenali Ubat Anda
Oleh itu, antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah :-
  • Dapatkan produk kesihatan daripada premis atau peniaga yang sah (klinik, farmasi) dan bukannya melalui penjual kaki lima ataupun pasar malam.
  • Pastikan ubat yang dibeli dalam bungkusan asalnya, elakkan membeli sekiranya ianya telah dibuka atau, dibungkus semula.
  • Elakkan membeli produk yang dijual pada harga melebihi kebiasaan. (misalnya kopi pracampur atau gula-gula yang dijual melebihi RM 5 seunit).
  • Dapatkan nasihat doktor atau ahli sebelum mencuba sesuatu produk untuk rawatan kesihatan.
  • Pembelian produk perangsang seks melalui Internet, orang perseorangan, syarikat jualan langsung, kaki lima, pasar malam, pasar tani dan kedai-kedai yang tidak berlesen boleh membahayakan diri kerana produk yang dijual adalah tidak dijamin dari segi mutu dan keselamatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *