64 kes varian Omicron dikesan di Malaysia, penerbangan umrah ditangguhkan bermula 8 Januari 2022

64 kes varian Omicron dikesan di Malaysia, penerbangan umrah ditangguhkan bermula 8 Januari 2022

Semenjak kelmarin, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan dua lagi kes Covid-19 yang mempunyai varian Omicron telah mendarat di Malaysia. Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi mereka yang telah dijangkiti varian ini telah mencecah seramai 64 orang. Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, 63 kes adalah dari mereka yang telah datang dari luar negara, manakala 1 kes merupakan kontak di dalam negara.

Mendukacitakan, 32 kes daripada 63 kes varian Omicron ini adalah dari mereka yang baharu sahaja balik dari menunaikan ibadah umrah di Arab Saudi. Pada ketika ini juga, terdapat 966 mereka masih lagi menjalani ujian saringan Covid-19.

Sumber: Berita Harian

Akibat dari kerisauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap varian Omicron yang telah memasuki Malaysia, kelmarin juga KKM telah mengeluarkan kenyataan bagi penangguhan penerbangan bagi menunaikan umrah bermula 8 Januari 2022, manakala larangan tempahan tiket bagi penerbangan umrah yang baharu akan dilaksanakan bermula kelmarin, iaitu 1 Januari 2022.

Selain itu, untuk mereka yang tengah menunaikan ibadah umrah, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan semua jemaah untuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel tertentu yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bermula 3 Januari (Isnin ini).

Bagi mereka yang akan berlepas sebelum 8 Januari 2022 pula, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, namun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel seperti dikenal pasti oleh NADMA apabila tiba di Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *