Genius Malaysia, Dr. Amalina pernah tegur produk susu pisang Neelofa. Ini puncanya

Isu melibatkan selebriti Neelofa masih lagi berpanjangan. Jika sebelum ini kerana didakwa melanggar SOP, kini Neelofa mengeluarkan produk selipar mesra Muslim dengan kerjasama Fipper. Produk ini dipertikaikan ramai pihak keranan seolah-oleh menunggang agama dengan menggunakan perkataan ‘mesra Muslim’.

Sebelum ini, Neelofa pernah ditegur kerana produk susu pisangnya yang terpalit dengan ‘overclaim’ kononnya kandungannya menyihatkan. Isu ini pernah ditegur oleh pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri yang banyak memberi pencerahan dalam isu kesihatan.

Kandungan dan khasiat susu pisang jenama Nilofa dipertikaikan

Khasiat yang dikatakan menipu

Produk selebriti tersebut pernah menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan Nilofa susu pisang terlebih claim. Selain itu khasiat yang dinyatakan juga tidak benar kerana produk tu dikatakan langsung tiada pisang.

Ada juga netizen yang mengatakan bahawa kandungan gula dalam Nilofa susu pisang ini lebih tinggi daripada minuman coke. Ketika itu netizen juga mempertikaikan mengenai kelebihan Nilofa susu pisang tersebut yang dikatakan mampu mengurangkan obesiti dan mengawal selia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen.

Isu ini telah mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang turut masuk campur dalam mempertikaikan produk ini. Dia menyeru supaya Neelofa tampil untuk memberi penjelasan mengenai susu pisang yang semakin tular ini.

Ini kerana ramai orang yang meragui khasiat sebenar produk susu pisang tersebut sehingga dicop sebagai iklan yang melampau dan memberikan informasi salah kepada pengguna.

Apa kata? Kita makan sahaja buah pisang yang dah tentu mempunyai khasiat

Sebiji pisang bersaiz sederhana dianggarkan seberat 118 gram dan ia mengandungi elemen-elemen berikut:

  • Potassium: 9% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Vitamin B6: 33% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Vitamin C: 11% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Magnesium: 8% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Copper: 10% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Mangan: 14% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Karbohidrat bersih: 24 gram
  • Serat: 3.1 gram
  • Protein: 1.3 gram
  • Lemak: 0.4 gram

Pisang kaya dengan mineral potassium. Potassium membantu mengekalkan tahap cecair di dalam badan dan mengatur pergerakan nutrien dan sisa produk masuk dan keluar dari sel.

Potassium juga membantu otot mengecut dan sel saraf bertindak balas. Ia membuat jantung berdegup secara berkala dan dapat mengurangkan kesan sodium terhadap tekanan darah.

Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan untuk kita makan pisang dan buah-buahan lain kerana mengandungi serat. Mereka berpendapat bahawa pengambilan serat dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

Fakta dan kajian telah membuktikan pisang banyak khasiatnya, lebih baik kita makan terus buah pisang dari produk susu pisang yang mengelirukan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat