Sedia hadapi bencana, ini barangan yang perlu disediakan dalam satu beg!
Malang tidak berbau, begitulah keadaan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru tadi. Ramai antara mangsa banjir kehilangan tempat tinggal dan juga harta awam.
Namun tahukah anda? Pada 13 Oktober lalu , Jabatan Meteorologi Malaysia ada menjalankan kempen bagiĀ untuk menyediakan 1 rumah 1 kit kecemasan untuk apa-apa bencana yang bakal berlaku seperti gempa bumi, tsunami dan juga banjir.
Mengikut FB Public Health Malaysia, antara kit persediaan yang diperlukan dan perlu dimuatkan dalam satu beg ialah:-
- Dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad pengenalan atau lain-lain dokumen yang mustahak.
- Pakaian, kasut dan selimut.
- Lampu suluh dan bateri.
- Kit bantuan kecemasan dan ubat-ubatan.
- Wisel.
- Makanan tahan lama.
- Air.
- Radio mini mudah alih berbateri.
- Kit kebersihan.
- Telefon dan power bank yang siap dicas.
- Wang tunai.
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia ada memesan untuk menyimpan barang-barang tersebut di dalam plastik kedap udara/kalis air bagi mengelakkan sebarang kerosakan.
Apapun, beringatlah dan sentiasa waspada ketika musim tengkujuh ini. Semoga mereka yang terlibat di luar sana tabah dengan ujian, dan terus kuat menghadapi dugaan.