Pesakit COVID-19 tipu frontliner ketika saringan. Kantoi selepas scan paru-paru

Pesakit COVID-19 tipu frontliner ketika saringan. Kantoi selepas scan paru-paru

Amaran telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah agar semua rakyat Malaysia jangan menipu para barisan hadapan (frontliner) ketika saringan di klinik mahupun hospital. Ini kerana sikap tidak jujur mengenai keadaan kesihatan masing-masing merupakan satu bentuk penganiayaan kepada frontliner yang sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.

“Jangan tipu ‘frontliners’. Kami juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan.” – katanya

Hal berkaitan penipuan ini diperingatkan setelah seorang doktor dijangkiti COVID-19 apabila ditipu seorang pesakit ketika menjalani satu prosedur kesihatan.

Pesakit itu mempunyai suhu yang normal dan mengaku sihat tanpa sebarang simptom

Ramai yang terdedah ketika saringan. Imej dari JohorKini

Melalui perkongsian status di FB oleh Dr Nur Marini Zainal, beliau menceritakan mengenai seorang pesakit yang datang ke hospital serta telah disaring di pintu masuk jabatan sebelum diarah menjalani pemeriksaan CT scan. Dikatakan juga pesakit itu mempunyai suhu yang normal dan mengaku sihat tanpa sebarang simptom-simptom seperti batuk dan sebagainya.

“Saya merupakan doktor yang menyediakan pesakit ini untuk scan (penerangan prosedur, pemasangan IV branula dan sebagainya). Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit Covid-19.

Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku yang dia batuk dan demam selama seminggu, tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temujanji CT.” – tulis Dr Nur Marini Zainal

Tindakan ini telah menyusahkan beliau dan orang sekelilingnya kerana dua hari selepas itu, pesakit tersebut disahkan positif. Walaupun pada mulanya beliau dikategorikan sebagai kontak risiko rendah, namun beliau bertekad untuk membuat ujian swab. Keputusan ujian itu menunjukkan beliau juga positif COVID-19.

“Saya MENANGIS semasa dapat tahu sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami. Risau terhadap keluarga dan rakan sekerja yang mungkin saya jangkiti. Kecewa terhadap sikap pesakit saya.” – tulis Dr Nur Marini Zainal

Apakah rupa paru-paru pesakit COVID-19?

Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab agak sukar dibendung ketika pandemik ini. Namun, teknologi kesihatan telah berjaya mengesan pesakit COVID-19 dengan lebih tepat walaupun pesakit cuba menipu. Dalam kes Dr Nur Marini Zainal ini, pesakit tadi kantoi sewaktu pemeriksaan CT scan kerana bentuk paru-parunya seperti pesakit COVID-19.

Antara salah satu bentuk paru-paru pesakit COVID-19 adalah seperti gambar di bawah oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI).

“Imbasan imej CT pesakit dengan pneumonia COVID-19 yang teruk menunjukkan tampalan kabur yang berbeza di bahagian luar tepi paru-paru, seperti ditunjukkan oleh anak panah.” – seperti ditulis di NCBI

Jadi, kalau anda betul-betul ada gejala, minta tolongalah jujur kepada petugas kesihatan. Anda menipu, semua orang akan terkena padahnya.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *