Lepas asap ekzos lebih had, sebuah kenderaan didenda RM60,000. Ini cerita penuhnya

Penggunaan kenderaan di dalam negara kita boleh dikatakan agak tinggi di Asia Tenggara. Namun begitu, negara kita mempunyai undang-undang yang agak ketat dalam spesifikasi sesuatu kenderaan termasuklah berkaitan pelepasan asap.
Pemilik sebuah kenderaan jenis kargo am didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Rabu (17 Mac 2021) atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ketumpatan yang dibenarkan. Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik tunggal kenderaan tersebut yang hadir selaku orang kena saman (OKS) setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Asap hitam daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus
Menurut pertuduhan, pada 31 Oktober 2019 di Plaza Tol Sunway, Lebuhraya Kesas, pemilik kenderaan didapati telah melepaskan pencemaran ke udara iaitu asap hitam daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus. Kadar itu melebihi had ketumpatan maksimum asap yang dibenarkan iaitu sebanyak 50 peratus di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
OKS didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta yang sama. Mengikut akta itu, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, JAS akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Beliau juga ingin berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.
“Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,”
Menyebabkan orang mati akibat serangan jantung, strok dan barah paru-paru
Satu kajian di UK telah mendapati satu dari tiga kereta di Britain menggunakan diesel, dan 95% kereta diesel mengeluarkan lebih banyak nitrogen oksida daripada yang dibenarkan secara sah. Manakala, dua pertiga kereta petrol melanggar had karbon monoksida, dan 10% juga melanggar had nitrogen oksida. Dengan kata lain, untuk melupakan masalah lain yang disebabkan oleh kereta – kemalangan jalan raya, perubahan iklim – kebanyakan kenderaan yang melewati mereka yang berjalan kaki ke sekolah dan pulang, telah mengeluarkan racun.
Ia juga menyebabkan orang mati akibat serangan jantung, strok dan barah paru-paru, dan lebih buruk lagi terkena penyakit paru-paru dan asma. Walaupun bukannya satu-satu punca, tetapi pencemaran udara menjadi faktor sekurang-kurangnya 30,000 kematian setiap tahun di UK, walaupun para saintis berusaha untuk mengatasi kerosakan yang disebabkan oleh nitrogen dioksida dari yang disebabkan oleh zarah, atau jelaga.
Situasi di UK perlu diambil pengajaran oleh kita di Malaysia. Oleh itu, pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik dari segi dalaman mahupun luaran. Jadilah pemandu yang bertanggungjawab.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat