Bukan setakat kereta, polis negeri ini akan periksa rumah yang banyak selipar waktu raya

Bukan setakat kereta, polis negeri ini akan periksa rumah yang banyak selipar waktu raya

Beberapa hari sahaja lagi, hari raya Aidilfiltri bakal menjelma. Keseronokan untuk meraikannya pasti tidak sama seperti sebelum ini atas faktor penularan COVID-19 yang semakin menjadi-jadi. Kebenaran rentas negeri untuk balik kampung sempena raya juga pastinya tidak dibenarkan.

Buat mereka yang berpeluang menyambut perayaan, pihak polis sebelum ini telah memaklumkan rumah yang memiliki jumlah kereta yang banyak bakal diperiksa bagi mengelakkan terdapat individu yang merentas negeri.

Pihak polis Kedah akan mengesan rumah yang mempunyai selipar yang banyak

Jika di negeri lian hanya mengesan kereta, nampaknya di Kedah lebih daripada itu. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya sedia mengarah anggota melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan di seluruh negeri itu bagi mengesan rumah yang memiliki kereta dan juga selipar yang banyak secara mengejut.

Pemeriksaan surat rentas negeri dengan lebih terperinci antara yang bakal dibuat bagi mengelakkan terdapat individu yang hasilkan surat palsu.

Pihak mereka turut menegaskan jumlah denda yang tinggi bakal dikenakan buat mereka yang disahkan menghasilkan surat rentas negeri palsu.

Berdasarkan arahan yang dibuat, pastinya orang ramai yang tidak mempunyai surat rentas negeri yang sah tidak dapat pulang ke kampung di negeri berlainan dalam mengelakkan denda tinggi yang bakal dikenakan.

Banyak kluster-kluster baru yang muncul setiap hari

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,591 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Lapan (8) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,240 kluster [termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Paya Bemban, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Kluster Industri Permata, Kluster Jalan Tenteram, Kluster Jalan Gemilang Tiga, Kluster Teluk Air Tawar, Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Jalan Perdana, dan Kluster Persiaran Jaya];
  • Jumlah kluster aktif : 351 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 66 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Putai (199 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (48 kes), dan Kluster Jalan Hospital (36 kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada 25 April 2021 yang melibatkan tiga (3) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta masing-masing satu (1) kluster pusat tahanan dan kluster komuniti.

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *