Sesetengah kes doktor terpaksa pilih yang mana perlu hantar ke ICU. Ini apa yang berlaku

Sesetengah kes doktor terpaksa pilih yang mana perlu hantar ke ICU. Ini apa yang berlaku

Perkembangan pandemik COVID-19 di negara kita semakin hari semakin membimbangkan. Data dan statistik harian ketika ini seperti tidak menunjukkan tanda-tanda akan kembali pulih dalam masa terdekat.

Hal ini menjadi semakin merisaukan apabila kadar kematian meningkat saban hari. Dalam FB bekas Perdana Menteri, Najib Razak turut berkongsi situasi kematian COVID-19 yang mungkin ramai kurang tahu. Tulisnya,

“Perkembangan yang semakin seram.

Dari 59 kematian akibat Covid hari ini, 7 orang meninggal dunia di luar hospital dan diklasifikasikan sebagai “jenazah di bawa ke hospital”.

Sama ada varian baru menyerang dengan amat pantas ataupun ramai tak sempat mendapat rawatan yang diperlukan.” tulisnya

Begitulah situasi yang semakin getir yang kita hadapi ketika ini. Jangan ingat perkara pandemik ini hanya hal yang ringan sahaja. Dalam perkembangan lain, Exco Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkongsi mengenai realiti bahawa pihak kesihatan terpaksa memilih pesakit untuk diletakkan di wad ICU.

Pesakit kronik, tiada harapan sembuh tidak lagi dihantar ke ICU

Pesakit kronik yang dianggap sebagai tiada harapan untuk sembuh tidak lagi dapat ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di Kedah, berikutan jumlah katil sangat terhad ketika ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman,  walaupun jumlah katil di ICU masih mencukupi, pihaknya bimbang jika pesakit kritikal lain tidak dapat dimasukkan ke ICU yang kini dipenuhi pesakit Covid-19.

Beliau berkata, pegawai perubatan bertugas terpaksa membuat penilaian cukup berat dalam memilih antara pesakit kritikal dan pesakit Covid-19 yang perlu dimasukkan segera ke ICU.

“Saya serba salah hendak maklum atau tidak keadaan ini, tetapi perlu beritahu juga. Dalam sesetengah kes doktor terpaksa pilih yang mana perlu hantar ke ICU, sekiranya pesakit terlalu kronik dan tidak mempunyai harapan, kita tidak masukkan dia lagi ke ICU.

“Ini termasuk pesakit bukan kes Covid-19, doktor akan membuat penelitian cukup berat bagi setengah kes. Bagaimanapun, kita sebolehnya akan merawat semua pesakit sehingga sembuh dan stabil,” katanya

Berikutan itu, Dr Mohd Hayati meminta orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak keluar rumah sekiranya tiada urusan penting.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *