Ambil cakna mengenai kanser payudara. Ini cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah

Ambil cakna mengenai kanser payudara. Ini cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah

Kanser payudara bukanlah penyakit yang dikatakan suam-suam kuku. Mengikut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, di negara kita sendiri dianggarkan 31 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara dan dalam setahun dianggarkan seramai lebih dari 3000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Ramai juga dikalangan wanita yang tidak tahu mereka menghadapi kanser payudara sehingga mereka mendapati tanda-tanda yang kritikal pada tubuh badan mereka. Oleh itu, salah satu cara pengesanan awal bagi kanser payudara adalah melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Usah malu dan gentar kerana penyakit kanser payudara ini jika tidak dikesan lebih awal boleh membawa maut,  jadi untuk melihat sebarang keabnormaliti pada payudara anda, mari lihat cara-cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

  • Seeloknya, berdiri di hadapan cermin dan teliti mengenai perubahan saiz, bentuk, warna dan tekstur kulit dan puting anda.
Via Gleanegles.com
  • Rasa, dan sentuh payudara anda semasa berbaring ataupun tengah mandi
Via Gleanegles.com
  • Untuk memeriksa payudara sebelah kiri, angkat lengan kiri anda dan gunakan hujung jari tangan kanan anda untuk membuat pergerakan bulatan kecil. Ketika memeriksa payudara anda gunakan tekanan yang lembut dan kuat. Pastikan juga anda memeriksa seluruh payudara dan bawah lengan dengan cara yang sistematik.
Via Gleanegles.com
  • Picit puting dengan perlahan untuk melihat sama ada keluar lelehan dan ulangi pemeriksaan pada payudara sebelah kanan anda.
Via Gleanegles.com

Sekiranya anda mendapati tanda-tanda yang berikut, anda perlulah segera berjumpa dengan pakar kesihatan :-

  • Benjolan atau penebalan pada payudara atau bahagian bawah lengan
  • Kedutan atau cawakan pada kulit atau puting
  • Kulit atau puting kemerah-merahan atau mengelupas
  • Puting yang tenggelam
  • Lelehan dari puting
  • Perubahan saiz atau bentuk payudara
  • Kesakitan atau nyeri yang tidak hilang

Untuk pengetahuan anda juga, pemeriksaan payudara sendiri ini perlu dilakukan sebulan sekali bagi mereka yang masih mempunyai haid dan waktu yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan ini adalah hari ke 7 – 10 selepas habis haid. Bagi mereka yang sudah mencapai tahap menopos, anda bolehlah memilih mana-mana tarikh yang sesuai yang mudah diingati dan lakukannya sebulan sekali.

Jika anda menemui sebarang ketulan pada payudara anda semasa membuat pemeriksaan, jangan panik ya kerana tidak semua ketulan pada payudara itu ialah kanser. Apapun, segera rujuk dengan pakar perubatan anda untuk keterangan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *