Akibat hadir majlis kahwin, 11 guru dan seorang murid positif serta sekolah ditutup

Akibat hadir majlis kahwin, 11 guru dan seorang murid positif serta sekolah ditutup

Gempar apabila sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan ditutup bermula hari ini (24 Mc 2021) selepas 11 guru serta seorang muridnya disahkan positif Covid-19.

Ia dipercayai berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan dan kemudiannya menular sehingga menjangkiti guru-guru lain serta murid di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh.

“Susulan itu sekolah mula ditutup hari ini dan 24 orang guru lagi turut menjalani kuarantin. Kes di sekolah itu mula dikesan semalam selepas guru tersebut menjalani ujian swab. Penutupan sekolah dibuat selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pusat Kesihatan Daerah,”

Pun begitu, sesi proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini dan esok berjalan seperti biasa sebelum cuti pertengahan penggal bermula Jumaat ini sehingga 3 April.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan. Katanya, kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada majlis perkahwinan.

Terus patuhi nasihat kesihatan berkaitan COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *