Akibat kirim duit kenduri kahwin kepada kawan baik, 26 orang dikesan positif COVID-19

Hanya kerana seorang individu merentas negeri dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, munculnya Kluster Taman Rakyat yang menjadi kluster baharu COVID-19 di Terengganu.
Tulisan di FB Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus menyatakan bahawa 26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, yakni iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu menamakan tragedi sebagai TERENGGANU MENANGIS
Seperti ditulis Dr Nor Azimi Yunus secara terperinci, semuanya bermula dari hasil pertemuan hanya untuk “KIRIM” duit kenduri serta “goodies” telah menjangkiti kawan baik.
Seterusnya, kawan ini pula mengadakan majlis akikah di kampung akhirnya menjangkiti 5 ahli keluarga dan 7 tetamu yang hadir majlis akikah tersbut.
“Juga menular kepada kawan walaupun hanya untuk hantar COD barang yang dipesan. Selain aktiviti ‘mengeteh’ yang disebut sebelum ini. Terkini seramai 109 dilaporkan dari Kluster BELAOH.” – tulisnya
Jadi apa iktibar kisah-kisah ini?
Semuanya dari aktiviti rentas negeri dan perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan SOP. Menurutnya lagu, jika SOP dipatuhi pasti dapat mengelak jangkitan, Jika ada pun ia akan berlaku dalam kadar yang minima serta tidak menjadi kluster besar.
“Sebab itu kami selalu pesan TANGGUH DULU perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja.
Jika tiada PEMATUHAN SOP di Bazar Ramadhan sekarang, kluster baru mungkin akan tercetus juga. KITA SEMUA yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP BUKAN diserah semata mata kepada Agensi penguatkuasaan.” – tulis Dr Nor Azimi Yunus
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat
Ich weiß, dass die Genesung einige Zeit gedauert hat, was ziemlich normal ist, aber die Gesamtergebnisse nach der Operation sind großartig