Jemaah surau solat dalam gelap dan sembunyi selipar. Kampung ini menjadi kluster baru

“Mereka tetap mengerjakan solat lima waktu seperti biasa. Cuma untuk waktu siang, kehadiran tidak seramai sebagaimana di sebelah malam.
Ketika solat sunat tarawih, kehadiran memang ramai sehingga mereka sanggup solat dalam keadaan bergelap dan menyembunyikan selipar.” kata seorang penduduk kampung
Peningkatan kes positif secara mendadak di Kampung Pauh Lima, Bachok mendapat perhatian ramai pihak. Seperti dialporkan Harian Metro, kekecewaan ini turut dikongsi oleh penduduk kampung sana yang patuh kepada SOP, walaupun ramai yang tidak patuh.
“Memang rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan penduduk berkenaan kerana kesannya habis satu kampung yang terjejas disebabkan kedegilan mereka,” kata Yah, berusia 50 tahun
Dia mengakui apa yang berlaku menimbulkan kemarahan kepada penduduk yang lain terutama mereka yang mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Saya mendapat maklumat memang ada jemaah yang batuk serta demam, namun masih pergi ke surau berkenaan untuk solat tarawih.
“Saya pun tidak faham kenapa penduduk terlalu degil untuk mengikut arahan yang dikeluarkan. Inilah dikatakan mengejar pahala di tempat yang salah.
“Bila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semua penduduk yang terjejas, bukannya hanya golongan yang melanggar SOP,” katanya.
Peratusan kes positif adalah 26.62 peratus di Kampung Pauh Lima
Sebelum ini kerajaan mengumumkan PKPD akan dilaksanakan di dua lokaliti iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 1 Jun.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kedua-dua lokaliti berkenaan.
Katanya lagi, dalam tempoh dua minggu, peratusan kes positif adalah 26.62 peratus di Kampung Pauh Lima, Bachok dan 55.22 peratus di Kampung Pauh Lima, Kota Bharu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar jangkitan sama ada berpunca daripada aktiviti surau atau sebaliknya.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat