Tok siak masjid rebah di klinik, lalu meninggal dunia. Disahkan terkena jangkitan COVID-19

Tok siak masjid rebah di klinik, lalu meninggal dunia. Disahkan terkena jangkitan COVID-19

Jumlah kematian akibat pandemik COVID-19 semakin meningkat setiap hari. Jika dahulu, kita hanya dengar mereka yang krtikal di ICU sahaja akan pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya.

Kini, terdapat kes seseorang individu itu maut akibat jangkitan walaupun tidak masuk ke ICU. Seperti baru-baru ini, seorang siak masjid meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan COVID-19 di sebuah klinik di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada malam Sabtu yang lalu.

Difahamkan warga emas berusia 67 tahun yang bertugas di sebuah masjid di sana rebah ketika hendak mendapatkan rawatan di klinik berkenaan kerana demam.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan sepasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap dengan pakaian perlindungan bergegas ke klinik berkenaan untuk membawa jenazahnya ke Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, pengurusan Masjid Al-Hidayah dalam satu kenyataan memaklumkan masjid berkenaan akan ditutup bermula 23 Mei sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Pihak pengurusan masjid juga menasihatkan ahli kariah yang mempunyai kontak rapat dengan Allahyarham supaya bersedia untuk melakukan ujian calitan COVID-19.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian. Jelasnya, ujian swab kedua akan dijalankan bagi mengesahkan sama ada mangsa dijangkiti COVID-19 atau tidak.

“Seperti yang disarankan pihak pengurusan masjid, kita berharap jemaah yang lain terutamanya yang ada kontak rapat dengan siak masjid berkenaan untuk membuat ujian saringan COVID-19.

“Justeru saya ingin mengingatkan semua masyarakat agar sentiasa patuh dan ikut pada SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Simptom-simpton COVID-19 yang perlu kita tahu

Gejala-gejala yang dialami oleh pesakit COVID-19 ada pelbagai seperti yang disenaraikan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sama ada yang biasa berlaku, jarang berlaku dan pesakit yang teruk. Mari kita ambil tahu tentang senarai-senarai gejala ini.

Gejala COVID-19 yang biasa berlaku:

  • Demam
  • Batuk kering
  • Keletihan

Gejala lain yang kurang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada beberapa pesakit:

  • Kehilangan rasa atau bau
  • Hidung tersumbat
    Konjungtivitis (juga dikenali sebagai mata merah)
  • Sakit tekak
    Sakit kepala
  • Sakit otot atau sendi
  • Jenis ruam kulit yang berbeza-beza
  • Mual atau muntah
  • Cirit-birit
  • Menggigil atau pening

Gejala teruk penyakit COVID ‐ 19 yang teruk:

  • Sesak nafas
  • Hilang selera makan
  • Kekeliruan
  • Kesakitan atau tekanan berterusan di dada
  • Suhu tinggi (di atas 38 ° C)

Gejala lain yang kurang biasa berlaku:

  • Kerengsaan
  • Kekeliruan
  • Rasa sedar berkurang (kadang-kadang dikaitkan dengan sawan)
  • Kebimbangan (Anxiety)
  • Kemurungan
  • Gangguan tidur
  • Komplikasi neurologi yang lebih teruk dan jarang berlaku seperti strok, keradangan otak, kecelaruan dan kerosakan saraf

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *