Ramai dah mula merokok dalam restoran. KKM akan kuatkuasa larangan lebih ketat lagi

Ramai dah mula merokok dalam restoran. KKM akan kuatkuasa larangan lebih ketat lagi

Sedikit demi sedikit, kita telah merasa pelbagai kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan untuk meneruskan kehidupan harian. Antara kelonggaran itu ialah kebenaran untuk ‘dine-in’ di kedai makan.

Ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Malangnya, masalah merokok dikedai makan juga turut semakin meningkat. Orang yang merokok telah tidak lagi mengendahkan peraturan yang mana tidak boleh menghisap rokok dalam kawasan kedai makan.

KKM akan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di tempat awam

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di tempat awam.

Masalah merokok di tempat makan awam berkurangan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik, yang melarang aktiviti makan di tempat makan awam.

Berikutan itu, penguatkuatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dijalankan secara serentak dengan larangan merokok mengikut Peraturan 11(1) PPKHT 2004 di seluruh negara.

Hal ini juga perlu dikuatkuasakan bagi memastikan negara bersedia beralih ke fasa endemik. Jadi selepas ini, KKM mungkin akan meluaskan lagi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam.

Keburukan Merokok

Merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda sama dengan kesan jangka pendek dan jangka panjang. Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita. Ini antara kesan jangka pendek:

Manakala kesan jangka panjang adalah seperti berikut:

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *