Ini tiga produk penjagaan kulit yang tidak disarankan oleh pakar dermatologi

Ini tiga produk penjagaan kulit yang tidak disarankan oleh pakar dermatologi

Kulit merupakan organ yang terbesar dalam tubuh kita. Kulit berfungsi sebagai rintangan di antara persekitaraan luar, serta mampu untuk melindungi otot dan juga organ manusia. Selain dari fungsi melindungi, kulit juga bertindak sebagai agen perkumuhan dimana tempat keluarnya peluh, minyak dan sisa-sisa kulit mati bersemadi.

Kulit yang tidak dibersihkan dengan  betul akan mengakibatkan masalah-masalah kulit yang kritikal, disamping menjadikan kita kurang berkeyakinan. Oleh itu, berjuta-juta produk penjagaan kulit dihasilkan oleh kilang-kilang kosmetik untuk menjaga keterampilan kulit dari pelbagai masalah.

Namun pun begitu, terdapat produk-produk penjagaan kulit yang sememangnya tidak baik untuk kulit manusia. Perkara ini disebabkan oleh kandungan kimia tinggi ataupun bahan-bahan lain yang boleh merosakkan kulit. Jadi, mari kita lihat apakah produk-produk kecantikan yang tidak disarankan oleh pakar dermatologi itu sendiri.

SKRUB MUKA YANG KASAR 

Skrub muka berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Namun perlu diingat bahawa, skrub muka yang mempunyai butiran-butiran yang sangat kasar adalah tidak elok untuk kulit manusia. Ia berpotensi untuk menghakis lapisan kulit dan boleh menyebabkan kulit kehilangan minyak semulajadi. Apabila kulit kehilangan minyak, maka kulit akan mudah untuk kering dan berkedut.  Nah, selepas ini bolehlah semak terlebih dahulu tekstur skrub muka sebelum beli ya!

PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG MENGANDUNGI WANGIAN 

Produk penjagaan kulit yang mengandungi wangian sudah tidak asing lagi oleh kita semua. Wangian pada setiap produk kulit mampu merangsang kita untuk membelinya. Namun, tahukah anda? Terdapat beberapa wangian pada produk kulit yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Kebanyakan wangi-wangian pada produk kulit juga boleh akibatkan alahan seperti kemerahan kulit ataupun urticaria. Oleh itu, pilihlah produk yang tidak mengandungi wangian, agar kulit anda selamat dari sebarang iritasi atau masalah kulit lain.

PRODUK TIMBANG KILO

Produk timbang kilo. Via Wanista.com

Produk timbang kilo tidak asing lagi bagi kita semua. Kebiasaannya, produk timbang kilo ini berwarna-warni dan tidak mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan selalunya, produk ini dikatakan mampu memberikan kesan pencerahan dengan kadar yang sangat cepat. Tahukah anda? Produk timbang kilo mengandungi merkuri inilah yang menjadi agen pemutih segera dan proses sebegini boleh merosakkan lapisan kulit anda. Bukan itu sahaja, penggunaan yang terlalu boleh akibatkan kerosakan pada organ-organ tubuh kita tau! Hah, takutkan? Seeloknya belilah produk penjagaan kulit di tempat yang betul seperti di farmasi ataupun drug-store (Guardian/Watson).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *