Berlaku dalam kereta. Seorang penjual ayam positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur

Berlaku dalam kereta. Seorang penjual ayam positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur

Sekalipun negara sedang dilanda pandemik COVID-19, kita masih dikejutkan dengan aktiviti-aktiviti jenayah yang menakutkan. Jenayah rogol masih berlaku di kawasan sekitar sama ada kita sedar atau tidak.

Di Pasir Mas, dilaporkan oleh Kosmo bahawa seorang penjual ayam yang disahkan positif Human Immunodeficiency Virus (HIV) telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur dipercayai kekasihnya sehingga mengandung lima bulan lalu.

Dilakukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara

Mengikut perincian kes, tertuduh bernama Wan Mohd. Shakir Wan Abdul Hamid, berumur 24 tahun didakwa seorang remaja yang berusia 15 tahun tujuh bulan dengan mengetahui bahawa ketika itu menghidap HIV.

Dilaporkan juga, kesalahan itu telah dilakukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara di sebuah kawasan di Tumpat pada bulan Mac lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Menurut undang-undang, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pada mulanya, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan ekoran bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang telah mengandung lima bulan dan kini tinggal bersama keluarganya.

Namun begitu, peguam yang mewakili tertuduh, Mohd. Khuzaimi Mohd. Salleh merayu agar jaminan diberikan kerana tertuduh merupakan seorang pesakit HIV dan khuatir akan terdedah dengan jangkitan COVID-19 sekiranya dimasukkan ke penjara sepanjang tempoh perbicaraan.

Oleh itu, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 17 November depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV atau pun tidak

Seperit dijelaskan MyHealth, HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu.

Terdapat cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV atau pun tidak. Antaranya ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 15 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV. Ini bertujuan mengurangkan jangkitan kepada bayi. Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *