Buat Laporan Polis. Ibu Tunggal Ini Penat Mengemis Buku Kesihatan Anak Dari Ibu Mentua

Kesihatan anak-anak mestilah dijaga sebaiknya sejak awal lagi untuk memastikan tumbesarannya tidak terganggu dari mental dan fizikal. Di negara kita, pemberian pelbagai jenis vaksin melalui subsidi kerajaan telah banyak membantu anak kecil.
Namun, tak semua orang melalui jalan yang mudah untuk mengurus hal kesihatan anak-anaknya atas faktor-faktor tertentu. Seperti yang dikongsikan seorang ibu tunggal di TikTok, pasti boleh memberi pengajaran kepada semua.
Berkali-kali merayu dan meminta buku rekod kesihatan anak dipulangkan
Tidak ramai yang tahu bahawa menjadi ibu tunggal di usia muda merupakan satu cabaran yang besar. Ini apabila seseorang itu hilang tempat bergantung serta menjadi mangsa disebabkan persengketaan yang wujud di antara pasangan yang berpisah.
Telah tular di TikTok, seorang ibu muda muda berusia 21 tahun terpaksa mengemis buku kesihatan anak dengan keluarga bekas suami. Walaupun, dia mempunyai hak jagaan penuh mendakwa tidak dapat membawa anak untuk pemeriksaan serta suntikan vaksin bayi.
Menurutnya lagi, ketika anaknya di bawah jagaan ibu bekas suami, anaknya tidak mendapat suntikan seperti yang sepatutnya mengikut jadual. Malah, dia sudah berkali-kali merayu dan meminta buku rekod kesihatan anak dipulangkan. Tetapi, tidak dilayan sebaiknya.
Hal ini menjadi lebih serius apabila dia terpaksa membuat laporan polis mengenai perkara ini tetapi isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Dia yang sudah hampir berputus asa meminta pandangan orang ramai bagaimana untuk mendapatkan pemeriksaan anak tanpa menggunakan buku rekod kesihatan.
Dia kesal permintaannya secara baik tidak diendahkan keluarga bekas suami sehingga memaksanya untuk berkelakuan biadab.
Imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik
MyHealth telah berkongsi jadual imunisasi kanak-kanak di negara kita ini. Bagi kanak-kanak ini yang lewat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin, imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik.
Cadangan jadual berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik adalah seperti berikut:
Maklumat lebih terperinci boleh rujuk pautan berikut: JADUAL IMUNISASI (KLIK SINI)