Kisah lima beradik mati di tempat makan selepas memakan telur ikan. Ditipu peniaga pasar

Kisah lima beradik mati di tempat makan selepas memakan telur ikan. Ditipu peniaga pasar

Makan merupakan keperluan bagi setiap manusia. Jika mempunyai rezeki lebih, seorang bapa pastinya akan membelikan makanan yang sedap untuk dinikmati oleh anak-anak mereka.

Hari ini kita mungkin beruntung kerana makanan yang dijual di pasar atau pasaraya sudah ditapis sebaiknya agar selamat dimakan tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan.

Situasi ini tidak sama seperti dahulu kala. Inilah kisah lama yang ramai tak tahu dan perlu diambil pengajaran oleh semua orang.

Anak-anaknya mati bergelimpangan di sekeliling tempat makan

Kisah ini berlaku pada tahun 1974. Berdasarkan cerita, si ayah telah pergi ke Pasar Melaka, lalu membeli telur ikan untuk dimakan sekeluarga. Ketika itu, Pasar Melaka terletak di tepi Sungai Kampung Jawa.

Sewaktu mahu membeli, penjual tersebut mengatakan bahawa telur yang ingi dibeli itu adalah telur ikan kurau. Malangnya, ia bukan telur ikan tersebut, tetapi telur ikan buntal yang beracun.

Menurut cerita lagi, si ayah mengatakan selepas makan telur itu, anak-anaknya mati bergelimpangan di sekeliling tempat makan. Seperti yang kita tahu, orang dulu-dulu makan bersila di atas lantai dengan alas tikar sahaja.

Jika kita berada di situasi tersebut, pastinya si ayah dan si ibu sangat panik ketika itu. Selepas kejadian tragik itu, si ibu kepada anak-anak ini mengalami kemurungan buat beberapa ketika.

Begitulah, kisah yang dikongsikan. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua.

Racun yang terdapat pada ikan buntal adalah tetrodotoxin

Racun yang terdapat pada ikan buntal adalah tetrodotoxin. Ini adalah salah satu racun paling bertoksik yang terdapat di alam semula jadi. Ia boleh mendatang mudarat jika kita dihidangkan tanpa kendalian chef profesional.

Jika tersilap makan, ia akan mendatangkan gejala biasanya muncul 10-45 minit selepas memakan racun ikan buntal dan bermula dengan rasa pitam dan kebas di sekitar mulut, air liur, mual, dan muntah.

Gejala boleh berkembang menjadi lumpuh, kehilangan kesedaran, dan kegagalan pernafasan dan boleh menyebabkan kematian.

Oleh itu sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan yang kita makan atau berikan kepada orang lain. Bagi para peniaga makanan, pastikan anda menjual makanan yang selamat untuk dimakan oleh pelanggan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *