Najis tikus ditemui serta pekerja pijak belacan. Dua kilang makanan tempatan diarah tutup

Najis tikus ditemui serta pekerja pijak belacan. Dua kilang makanan tempatan diarah tutup

Makanan adalah hak asas bagi setiap manusia. Bagi memelihara manusia pada zaman moden ini, makanan itu mestilah diproses dengan baik dan bersih sebelum sampai kepada pengguna.

Malangnya, masih ada lagi pengusaha kilang memproses makanan yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil sikap sambil lewa dalam pengurusan kilang mereka.

Premis berada dalam keadaan kotor termasuk dicemari najis tikus

Pihak Kosmo melaporkan bahawa terdapat dua kilang memproses makanan di arah tutup selepas serbuan mendapati premis berada dalam keadaan kotor termasuk dicemari najis tikus.

Operasi itu telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

Mereka mendapati pekerja sebuah kilang memproses belacan di Butterworth dilihat seakan-akan terpijak produk berkenaan yang hanya dijemur di atas lantai.

Apa yang mengejutkan, kilang yang dikatakan beroperasi lebih lima tahun tanpa lesen perniagaan yang sah itu turut didapati menggunakan logo halal meragukan.

Dalam serbuan lain di Tasek Gelugor pula, persekitaran dan proses pembuatan tauhu di sebuah kilang didapati kotor dengan penemuan najis tikus.

Hasil serbuan itu menyebabkan kedua-dua kilang diarahkan tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan

Seperti diterangkan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan BKKM, Mohd. Wazir Khalid, kilang tauhu itu pernah diperiksa dua bulan lalu melibatkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Namun begitu, terbaru ini bukan sahaja mereka menjumpai najis tikus di dalam stor, tapi keadaan kilang kotor dengan lebihan tauhu yang berselerakan.

Dalam Op Bersih itu, sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan telah dikeluarkan. Lapan ke sembilan orang pekerja dikenakan kompaun secara individu kerana belum mendapat suntikan tifoid.

Pihak KKM telah menetap peraturan di mana peniaga makanan perlu mengambil suntikan tifoid. Ini kerana ia mampu mengekang demam tifoid yang merupakan satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

One thought on “Najis tikus ditemui serta pekerja pijak belacan. Dua kilang makanan tempatan diarah tutup

  1. Dewataslot88 merupakan Situs Judi togel dan Slot Online terpercaya di seluruh penjuru Indonesia
    mulai dari Sabang s/d Papua dengan pakai uang
    asli Rupiah Indonesia. Dewataslot88 pasarkan banyak model permainan yang dapat Anda coba di
    era epidemi covid-19 ini di rumah cuma bermodal mobile data atau wifi.

    Type permainan yang amat dekat terdengar dalam warga umum yaitu
    Togel, Slot, Live Casino, Sport, dan Tembak Ikan. Anda bisa memainkan seluruhnya type permainan ini dengan deposit minimal 5.000
    saja. Kami terus tingkatkan seluruhnya cara apa untuk
    meringankan Anda ketika bermain di Dewataslot88,
    diantara salah satunya dengan naikkan cara pembayaran serta mempermudahnya.
    Kini Dewataslot88 dapat deposit pakai Bank BCA 24 jam, Dana, Ovo, Gopay,
    Linkaja, serta Bank Transfer, dan kami akan tetap pelajari untuk tambah kwalitas pembayaran serta kemudahan dalam berwiraswasta di Dewataslot88.

    Di kurun pandemi covid-19 ini pasti Bank BCA 24 jam.
    Anda dapat tersisa banyak buat membeli paket data yang difungsikan buat kerja atau sekolah.

    Lebih baik gunakan sisa Bank BCA 24 jam Anda buat hal yang berharga seperti bermain Togel, Slot,
    Live Casino, Sport, serta Tembak Ikan di web terpercaya Dewataslot88.
    Kebosanan juga pasti dapat menimpa kehidupan Anda sebab
    epidemi ini yang memaksakan kondisi untuk tidak masuk dan lebih baik berada didalam
    rumah untuk turunkan penyebaran covid-19 di Indonesia.

    Pakailah uangmu sekarang buat bermain judi online pada web
    Dewataslot88

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *