Alya Iman terlantar demam denggi? Ini cara-cara elak pembiakan nyamuk di rumah

Walaupun Malaysia masih sibuk memerangi pandemik COVID-19, kita juga perlu berwaspada dengan penyakit demam denggi yang masih lagi mudah menular dalam kalangan kita. Salah seorang mangsa yang tular di media sosial adalah pelakon, Alya Iman yang kini terlantar di hospital. Menurut kekasihnya, Ridhwan Rosli mengatakan bahawa Alya Iman berada dalam keadaan lemah dan sakit-sakit badan ketika ini.
Begitulah keadaan mereka yang mengalami penyakit demam denggi disebabkan gigitan nyamuk aedes. Berasa lemah dan sakit badan ini adalah antara gejala yang dirasai seseorang pesakit. Namun, ada beberapa lagi gejala atau simptom lain yang boleh terkena kepada pesakit demam denggi.
Gejala biasanya bermula sekitar empat hingga tujuh hari selepas jangkitan awal

Sekiranya anda menghidap demam denggi, gejala biasanya bermula sekitar empat hingga tujuh hari selepas jangkitan awal. Dalam banyak kes, gejala adalah jenis ringan. Mereka mungkin keliru kerana gejala selesema atau jangkitan lain. Anak kecil dan orang yang tidak pernah mengalami jangkitan mungkin mempunyai penyakit yang lebih ringan daripada kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua.
Gejala biasanya berlangsung sekitar 10 hari dan boleh merangkumi:
- Demam panas secara tiba-tiba (hingga 106 darjah Fahrenheit).
- Sakit kepala yang teruk.
- Bengkak kelenjar.
- Sakit sendi dan otot yang teruk
- Ruam kulit (muncul antara dua hingga lima hari selepas demam awal).
- Mual ringan hingga teruk.
- Muntah ringan hingga teruk.
- Pendarahan ringan dari hidung atau gusi.
- Lebam ringan pada kulit.
- Demam sawan.
Jika anda mengalami gejala-gejala ini, teruslah dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Dalam keadaan musim hujan sekarang ini, keberangkalian untuk terkena penyakit demam denggi adalah lebih tinggi. Jadi, sangat penting untuk kita tahu kitaran hidup nyamuk jenis Aedes aegyptia ini.
Beberapa ekor nyamuk di dalam setiap isi rumah sahaja boleh menyebabkan wabak denggi yang besar

Sebelum kita nak tahu cara mencegah pembiakan nyamuk aedes, lebih penting untuk kita tahu cara dan bagaimana nyamuk aedes ni membiak di kawasan rumah anda. Pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US telah berkongsi dengan terpeinci dan mudah faham mengenai kitaran hidup nyamuk aedes seperti berikut:
- Nyamuk denggi bertelur di dinding bekas berisi air di rumah anda
- Telur menetas ketika terendam di dalam air. Telur dapat bertahan selama berbulan-bulan.
- Nyamuk betina bertelur puluhan telur hingga 5 kali sepanjang hayatnya.
- Kitaran hidup nyamuk, dari telur hingga jejentik, kepompong, dan hingga nyamuk dewasa, berlangsung selama 8 hari dan berlaku di dalam air. Nyamuk dewasa hidup selama satu bulan.
- Nyamuk dewasa “biasanya” berehat di dalam kawasan gelap (almari, bawah katil, di belakang langsir); hanya nyamuk betina yang menggigit manusia.
- Nyamuk denggi dapat terbang beberapa ratus meter mencari bekas berisi air untuk bertelur.
- Beberapa ekor nyamuk di dalam setiap isi rumah boleh menyebabkan wabak denggi yang besar.
- Nyamuk denggi tidak bertelur di parit, saluran air, terusan, tanah lembap, sungai atau tasik; menuangkan klorin ke dalam
habitat ini tidak berguna. Ini keranan klorin berbahaya untuk hidupan air.
Cara-cara mengawal jejentik dan kepompong untuk elak pembiakan nyamuk dewasa di rumah anda

Setelah mengetahui kitaran ini, sekurang-kurangnya kita sudah tahu bagaimana mahu mengawal dan menghalang pembiakan nyamuk aedes di rumah kita. Ini beberapa cara yang patut anda buat di kala musim hujan lebat ini.
- Buangkan, terbalikkan, kosongkan atau simpan di bawah bumbung mana-mana bekas yang boleh mengumpulkan air hujan.
- Sentiasa meletakkan penutup yang ketat pada bekas yang digunakan untuk simpanan air (baldi, tong).
- Pastikan tidak ada jejentik atau kepompong di dalam air yang disimpan (kosongkan bekas, cuci dinding dengan berus untuk mengeluarkan telur, bilas, dan tutup).
- Jika meter air rosak, minta Jabatan Air untuk menggantikannya
Kalau anda duduk di kawasan perumahan yang besar, sambil bersiar atau bersenam tu, perhatikanlah fasiliti awam di sana. Sebagai contoh, pastikan air pancut atau tasik buatan itu airnya sentiasa bergerak atau mengalir.
Sikap prihatin dan berwaspada sangat diperlukan ketika. Maka, hidup kita akan lebih sihat dengan persekitaran rumah yang lebih bersih dan tersusun!
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat