Da’i Syed dituduh merogol? Ini kesan-kesan mental yang dihadapi oleh mangsa rogol

Da’i Syed dituduh merogol? Ini kesan-kesan mental yang dihadapi oleh mangsa rogol

Hubungan lelaki dan wanita adalah lumrah kehidupan manusia. Namun, hubungan yang tidak diuruskan dengan baik akan menghasilkan sesuatu yang negatif. Ini kerana dari hubungan sesama manusia boleh mencetuskan keganasan dan penderaan secara fizikal dan mental tanpa kita sedar.

Industri seni dan hiburan tanah air telah digegarkan dengan dakwaan dan tuduhan kes rogol yang melibatkan seorang bekas peserta rancangan keagamaan bernama Da’i Syed. Pada mulanya, dia membuat laporan kepada polis bahawa terdapat seseorang yang menuduhnya terlibat dengan kes rogol. Namun, dia telah direman selama 5 hari oleh pihak polis bagi membantu pihak polis melakukan siasatan atas dakwaan merogol seorang gadis di sebuah rumah di Shah Alam pada September tahun lalu.

Apa yang menyedihkan, mangsa yang mendakwa dirinya dirogol itu menerima rawatan berkaitan mental di hospital. Jadi, adalah sangat penting untuk kita semua belajar dan ambil tahu mengenai kesan-kesan mental yang dialami mangsa rogol agar kita dapat membantu dan memberi semangat kepada mereka.

Mangsa rogol lebih cenderung untuk mengalami masalah mental yang digelar Gangguan Tekanan Pasca Trauma

Mangsa rogol sering berhadapan masalah trauma. Imej dari ABC

Satu kajian oleh para pengkaji Universiti South Carolina di US mendapati suatu keputusan yang begitu menyayat hati. Kajian itu adalah menentukan kadar perbandingan beberapa masalah kesihatan mental dalam kalangan mangsa rogol dan bukan mangsa rogol. Hasil kajian itu mendapati bahawa mangsa rogol lebih cenderung untuk mengalami masalah mental yang digelar Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD).

“Masalah kesihatan mental pertama yang dikesan adalah gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), gangguan yang sangat melemahkan yang berlaku selepas peristiwa traumatik yang sangat mengganggu, seperti pertempuran ketenteraan atau jenayah ganas.” – Petikan dari kajian Universiti South Carolina

PTSD boleh mengganggu seluruh hidup anda – pekerjaan, hubungan, kesihatan dan keseronokan anda dalam aktiviti seharian. Seseorang yang mengalami PTSD juga akan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan mental yang lain, seperti:

  1. Kemurungan dan kegelisahan
  2. Masalah penggunaan dadah atau alkohol
  3. Gangguan makan
  4. Mempunyai fikiran dan tindakan untuk membunuh diri

Tanda dan gejala seseorang yang telah diserang secara seksual atau dirogol

Mangsa rogol takut menjadi mangsa yang dipersalahkan. Imej dari Anonymous Informer

Seperti yang diterangkan di atas, mangsa rogol sangat cenderung untuk berdepan dengan masalah mental. Maka, jika seseorang itu tidak dirawat berkemungkinan akan mengahadapi masalah mental itu sepanjang hayatnya. Sebenarnya, sebagai manusia yang bertanggungjawab adalah penting untuk membantu orang di sekeliling kita yang mungkin telah menjadi mangsa rogol.

Tanda dan gejala seseorang yang telah diserang secara seksual atau dirogol cenderung untuk mengalami kemurungan, rasa bersalah, kemarahan, dan kegelisahan. Secara tingkah laku, mangsa keganasan seksual mungkin menjadi agresif, menyalahgunakan bahan, atau suka melanggar peraturan, seperti tidak menghadirkan diri ke tempat kerja atau sekolah. Mangsa juga mungkin mengalami masalah tidur atau makan, memutuskan hubungan, atau masalah seksual intrinsik (tingkah laku seks).

Daripada tanda-tanda dan kesan yang dihadapi oleh mangsa rogol, memang tak dapat dinafikan lagi ia pasti menyusahkan kehidupan seharian mangsa. Maka, budaya sesetengah antara kita yang suka menyalahkan mangsa rogol tidak patut diteruskan sama sekali. Ini menyebabkan mangsa rogol merasa bimbang untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, jika tahu sesiapa yang menjadi mangsa rogol. Maka, bantulah mereka menuntut keadilan dan mendapatkan rawatan fizikal dan mental yang bersesuaian di hospital atau klinik.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *