Tak perlu tinggalkan nasi. Kisah wanita berpurdah ini turunkan berat 87kg ke 63kg

Sedar atau tidak sedar, negara kita mempunyai kadar tertinggi penyakit obesiti dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara. Fakta ini tidak lagi mengejutkan kerana ia masih berlaku dan berpanjangan. Masalah ini mungkin bertambah teruk lagi dalam situasi pandemik sekarang yang menyebabkan ramai antara kita menghabiskan masa di rumah.

Ini pastinya merisaukan kita semua yang betul-betul nak jaga kesihatan. Jadinya, kita memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi daripada orang lain agar kekal positif untuk menjaga kesihatan. Kali ini seorang wanita berpurdah, Nur Rasyiqah telah berkongsi mengenai perjalanannya sepanjang mengamalkan diet dan senaman untuk mendapatkan berat badan ideal.



 

Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan

Hasil yang begitu jelas. Imej dari FB Nur Rasyiqah

Saudari Nur Rasyiqah yang berusia 21 tahun berjaya menurunkan berat badan dari 87kg kepada 63kg dalam tempoh 4 bulan sahaja. Tanpa perlu mengenepikan nasi dalam menu makanan harian, dia berjaya menurunkan sejumlah 24kg berat badannya. Baginya, dalam berdiet, dia menolak konsep cheatday kerana risau tidak mampu mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.

“Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan. Syiqah ada 2 hari je cheat day.  Sebab ada sesetengah orang berdiet, setiap minggu ada cheat day atau sebulan sekali. Kalau nak kesan yang lebih cepat, jangan ada cheat day lebih baik” – kongsi Nur Rasyiqah

 



Itu pantang larang yang diamalkannya di samping berkongsi tips pemakanannya seperti di bawah:

Sarapan, 8 pagi

  • telur rebus 2 biji atau 3 biji
  • telur boleh digantikan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak

Snacking, 10 pagi

  • Syiqah ambil buah untuk snek, epal atau jambu batu
  • Kacang (bakar)

Makan tengah hari, 1 atau 2 petang

  • nasi suku (nasi putih biasa je), awal-awal diet Syiqah memang tak tinggal nasi
  • lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam , Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam
  • sayur (salad atau timun Jepun ), janji ada fiber (serat), tak tumis-tumis, sayur sahaja.

Makan malam, 6 petang atau 8 malam

  • makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat, makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur; atau ayam dan sayur.

Bersenam setiap hari, hanya satu hari seminggu sahaja rehat

Selain mempunyai jadual makanan yang tersusun, dia juga mengamalkan senaman setiap hari dan hanya sehari dalam seminggu sahaja berehat. Senaman yang dilakukannya pula adalah secara rawak, namun jika di Youtube, dia sering menonton senama oleh Chloe Ting. Untuk perkongsian, dia melakukan senama berikut untuk permulaan:

  • Plank
  • High knees
  • Jumping jack
  • Jumping (macam skipping, tapi takde tali haha, ni kelakar, tapi berpeluh okay. Saya cuma malas nak pakai tali)

Waktu bersenamnya pula, minimum dalam 15 hingga 30 minit, manakalah maksimum dalam 40 minit hingga 1 jam. Harapnya, perkongsian oleh Nur Rasyiqah ini sedikit sebanyak boleh membakar semangat anda yang sedang berjuang menurunkan berat badan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan