Gunakan pekerja wanita bertudung. Majoriti syarikat bubble tea tempatan tiada sijil halal?

Nama syarikat bubble tea atau teh boba semakin hangat di media sosial apabila salah satu syarikat terkenal Chatime terpalit dengan isu dakwaan pelanggaran SOP oleh Neelofa dan PU Riz. Disebabkan isu ini juga, satu lagi pesaing Chatime iaitu Tealive membuat ciapan-ciapan memerli di Twitter yang menyebabkan netizen terhibur.

Namun begitu, tahukan anda bahawa JAKIM pernah memperakui bahawa hanya ada beberapa sahaja kedia buble tea yang mendapat sijil halal JAKIM, manakalah majoriti yang lain tidak?

Menggunakan pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata mereka

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2019, pihak mereka mengesan masih banyak kedai minuman bubble tea yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan mereka mendapati ianya tidak mempunyai logo halal, seperti diberitahu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS.

Persekitaran premis yang bersih mempengaruhi pengguna untuk membeli di premis berkenaan selain daripada menggunakan pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata mereka.

Malah ada di antara mereka yang mempamerkan serta menggunakan logo halal luar negara di premis masing-masing yang mana ianya adalah salah kerana ianya bukanlah sijil dari Malaysia.

Premis yang mempunyai sijil halal Malaysia adalah Tealive, CoolBlog serta Chatime

Menurut JAIS, setakat tahun 2019, premis minuman teh boba yang mempunyai sijil halal Malaysia adalah Tealive, CoolBlog serta Chatime sementara majoriti yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.

Dakwaan ini turut diakui oleh pihak JAKIM sendiri. JAKIM menasihati pengguna serta pembeli Muslim supaya melakukan pencarian status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia sebelum menggunakan sesuatu produk.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan